Sunday, March 29, 2009

aku Hambamu..

“ya allah..

Andai dunia ini tempat yang melekakan..

Aku adalah insan yang terleka itu tuhan.

Ilahi..

Jikalau aku diberi amanah..

Jadikanlah aku orang yang mampu memikul amanah itu..

Jikalau aku diberi kelebihan..

Jadikanlah aku insan yang mampu berkongsi kelebihanku..”

Bila teringat kembali kisah2 lama..

Aku jadi rindu..

Ya.. rindu yang teramat sangat…

Rindu pada waktu..

Pada kegembiraan kanak2 ku..

Saat aku berlari2 di sekitar rumahku..

Saat aku bermain pondok2 bersama rakan2 ku…

Saat aku bertanya itu ini tentang tuhan pada ibubapa ku..

Saat aku dmarahi abah kerana berlari2 didalam masjid..

Dan juga,,,

Saat aku berkata pada diriku dahulu…

“ibu!!! Bila besar nanti… along nak masuk universiti!!!

Along nak jadi arkitek!!”

Sungguh.. ku rindukan waktu itu dahulu..

Saat dimana seorang kanak2 berfikir…

Masa terus berlalu..

Dan berlalu..

Dari seorang kanak2 tadika yang mentah…

Kemudiannya pelajar sekolah randah dan menegah…

Dididik untuk Mencari dan menimba ilmu..

Hinggaah ketahap yang diimpikan seorang kanak2 dahulu…

Kematangan hadir sehari demi sehari…

Menjemput zaman kanak2 itu pergi dari situ..

Kelakarkan bagaimana masa mampu merubah manusia…??

Dari seorang yang naïf.. kepada seorang yang matang..

Seorang yang lemah.. kepada seorang yang kuat..

Seorang yang kurang pintar kepada seorang yang pandai..

Semua ini membuatkan aku terfikir..

Mengapa…

Seorang kanak2 yang dahulu nya naïf…

Mampu menjadi insan yang teruk dewasanya?

Sekejam hitler mungkin?

Setamak qarun?

Entahlah…

Mungkin…

Masa berlalu membawa tanggunjawab…

Masa berlalu membawa kematanga..

Dan mungkin juga..

Masa berlalu membawa pengertian hidup…

Aku tidak tahu..

Kerana..

Siapa aku untuk berfikir seperti itu…

Tapi itulah…

Mungkin kerana persoalan diri yang kerap bermain difikiran membuat kan aku terdetik untuk berbicara seketika..

Tentang Keinginan untuk mencari diri..

Keinginan untuk mengetahui diri

Keinginan menjadi yang terbaik..…

Mungkin kerana aku terlalu leka dengan dunia kanak2 dahulu..

Lalai..

Hanyut..

Hingga tidak sedar bahawa hidup ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul…

Dari hari ke sehari..

Tanggungjawab itu bertambah dan bertambah…

Asalnya seorang anak…

Kepada seorang remaja..

Dan dewasa…

Mungkin satu hari nanti..

Suami…

Dan Seorang ayah mungkin?

Semua ini membuatkan aku terfikir..

Bahawa..

Betapa tanggungjawab sentiasa ada untuk dipikul..

Aku tak boleh terus leka dengan dunia kanak2 ku..

Kerana.. seseungguhnya aku ingin yang terbaik buat diriku..

Istriku satu hari nanti.. dan juga anak2 ku..

Andai masa tidak mengizinkan aku menjejaki waktu itu..

Aku ingin menjadi yang terbaik buat tuhanku..

Kekasih agungku..

Dan anak2 yang baik untuk ibuayah ku..

Semoga..

aku diberi kekuatan untuk terus bertahan..

memikul amanah dan tanggunjawab ini…

menjadi yang terbaik pada pandangan tuhanku..

andai ditakdirkan aku tewas..

ku mohon padamu dengan sebaik2 permohonan…

agar diberikan ku kekuatan untuk menghadapi hukuman untuk sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan pada aku..

bukannya melarikan diri daripada itu….

Itulah harpanku….

Wednesday, February 18, 2009

..tenTang cinta..

Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta...iaitu cinta yg pasti dan abadi,

telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini. Tapi, sbg manusia biasa yg dianugerahkan

perasaan dan naluri, hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba....

apakan daya, aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku...kerana

sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa...pengalaman yg ku dengar

di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yg aku tak mungkin kuat utk hadapi

situasi sebegitu.

Tapi....takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya kerana spt yg

di kata.....naluri dan perasaan tetap mengharap...

Sebelum aku serahkan cinta ini yg bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana

Mu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU...kerana aku tak mampu untuk

memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan...segala

yg kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah...aku redha

Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya, ku kira itu adalah anugerah dari

Allah kerana aku dapat merasai restu NYA...dan berkali-kali ku ingatkan diri, cinta

ini kepadanya hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai

dia bukan pencinta Allah jua.

Pengharapan yg semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa

direstui dan diberkati hubungan ini....akan ku pastikan tiada bibit dosa yg

terlangsung....akan ku pastikan ia suci dari sebarang noda.

Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya merancang dan mengharap,

tapi penentuannya hanya Allah yang berhak....jadi walau apa yang berlaku di

kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah....usaha sudah dilakukan dan itu

semua dengan kehendak Mu Ya Allah....

Namun....dalam pengharapan yang terancang ini, rupanya ada lagi pihak lain yang

lebih rapi dan bersungguh perancangannya.......perkara yang cukup menakutkan aku

akhirnya terjadi....keputusan yg terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk

aku dilepaskan tanpa rela...

hingga kini...sudah puas aku memujuk diri....berbekalkan iman di hati...aku

pasrah atas ketentuan Ilahi....dia bukan milikku....kehadirannya seketika hanya

sebagai ujian dari Allah, dan mungkin juga penebus dosaku....

cukup perit ujian yg kulalui ini....dan sehingga kini, kesepian di hati masih

subur membuatkan aku sering menangis....bukan kerana tidak dapat menerima takdir

Allah, tapi kerana pada ketika ku serahkan cinta itu...aku telah serahkan

sepenuhnya...dan kini ia tiada lagi....puas ku cuba hilangkan kesedihan ini....

tapi belum mampu........

Apa yang kuharap dari Mu Ya Allah, tak sanggup lagi ku lalui keadaan sebegini

utk seterusnya....tapi aku sedar......kehendak MU mengatasi segalanya.......

suburkan sahaja iman di hati ini.....aku redha.....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan

saja mengatakan ;"

Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan

sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka

,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan

sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."

Surah Al-Ankabut ayat 2-3