Sunday, March 29, 2009

aku Hambamu..

“ya allah..

Andai dunia ini tempat yang melekakan..

Aku adalah insan yang terleka itu tuhan.

Ilahi..

Jikalau aku diberi amanah..

Jadikanlah aku orang yang mampu memikul amanah itu..

Jikalau aku diberi kelebihan..

Jadikanlah aku insan yang mampu berkongsi kelebihanku..”

Bila teringat kembali kisah2 lama..

Aku jadi rindu..

Ya.. rindu yang teramat sangat…

Rindu pada waktu..

Pada kegembiraan kanak2 ku..

Saat aku berlari2 di sekitar rumahku..

Saat aku bermain pondok2 bersama rakan2 ku…

Saat aku bertanya itu ini tentang tuhan pada ibubapa ku..

Saat aku dmarahi abah kerana berlari2 didalam masjid..

Dan juga,,,

Saat aku berkata pada diriku dahulu…

“ibu!!! Bila besar nanti… along nak masuk universiti!!!

Along nak jadi arkitek!!”

Sungguh.. ku rindukan waktu itu dahulu..

Saat dimana seorang kanak2 berfikir…

Masa terus berlalu..

Dan berlalu..

Dari seorang kanak2 tadika yang mentah…

Kemudiannya pelajar sekolah randah dan menegah…

Dididik untuk Mencari dan menimba ilmu..

Hinggaah ketahap yang diimpikan seorang kanak2 dahulu…

Kematangan hadir sehari demi sehari…

Menjemput zaman kanak2 itu pergi dari situ..

Kelakarkan bagaimana masa mampu merubah manusia…??

Dari seorang yang naïf.. kepada seorang yang matang..

Seorang yang lemah.. kepada seorang yang kuat..

Seorang yang kurang pintar kepada seorang yang pandai..

Semua ini membuatkan aku terfikir..

Mengapa…

Seorang kanak2 yang dahulu nya naïf…

Mampu menjadi insan yang teruk dewasanya?

Sekejam hitler mungkin?

Setamak qarun?

Entahlah…

Mungkin…

Masa berlalu membawa tanggunjawab…

Masa berlalu membawa kematanga..

Dan mungkin juga..

Masa berlalu membawa pengertian hidup…

Aku tidak tahu..

Kerana..

Siapa aku untuk berfikir seperti itu…

Tapi itulah…

Mungkin kerana persoalan diri yang kerap bermain difikiran membuat kan aku terdetik untuk berbicara seketika..

Tentang Keinginan untuk mencari diri..

Keinginan untuk mengetahui diri

Keinginan menjadi yang terbaik..…

Mungkin kerana aku terlalu leka dengan dunia kanak2 dahulu..

Lalai..

Hanyut..

Hingga tidak sedar bahawa hidup ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul…

Dari hari ke sehari..

Tanggungjawab itu bertambah dan bertambah…

Asalnya seorang anak…

Kepada seorang remaja..

Dan dewasa…

Mungkin satu hari nanti..

Suami…

Dan Seorang ayah mungkin?

Semua ini membuatkan aku terfikir..

Bahawa..

Betapa tanggungjawab sentiasa ada untuk dipikul..

Aku tak boleh terus leka dengan dunia kanak2 ku..

Kerana.. seseungguhnya aku ingin yang terbaik buat diriku..

Istriku satu hari nanti.. dan juga anak2 ku..

Andai masa tidak mengizinkan aku menjejaki waktu itu..

Aku ingin menjadi yang terbaik buat tuhanku..

Kekasih agungku..

Dan anak2 yang baik untuk ibuayah ku..

Semoga..

aku diberi kekuatan untuk terus bertahan..

memikul amanah dan tanggunjawab ini…

menjadi yang terbaik pada pandangan tuhanku..

andai ditakdirkan aku tewas..

ku mohon padamu dengan sebaik2 permohonan…

agar diberikan ku kekuatan untuk menghadapi hukuman untuk sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan pada aku..

bukannya melarikan diri daripada itu….

Itulah harpanku….

1 Comments:

Blogger Tengku Aziah said...

sedehnyer..
come on..lite up ur life k?

April 3, 2009 at 4:32 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home